Menu

PENGETUA SMK ANJUNG BATU PERTAMA

(5 JAN 1998 – 1 APRIL 1999)

ENCIK AZMAN BIN HJ. NASIR

Encik Azman bin Nasir merupakan pengetua sulong SMK Anjung Batu. Beliau merupakan anak jati Mersing. Sebelum bertugas di SMK Anjung Batu, beliau merupakan pengetua SMK Nitar.

Beliau pernah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing, kemudian melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda Geografi di Universiti Sains Malaysia.  Seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan peringkat Sarjana  di Universiti Teknologi Malaysia.

Encik Azman bin Nasir bertugas sebagai pengetua di SMK Anjung Batu dari  5 Januari 1998 hingga 1 April 1999. Sekarang beliau bertugas di SMK Mersing.

Encik Azman bin Hj. Nasir mempunyai harapan yang tinggi, iaitu beliau ingin melihat semua pelajar SMK Anjung Batu berjaya dengan cemerlang dan menjadi insan yang berdisiplin serta dapat menyumbangkan  jasa kepada agama, ibu bapa, keluarga, masyarakat , bangsa dan negara. Beliau juga berharap agar SMK Anjung Batu ini menjadi perintis dalan mewujudkan  sekolah bestari di daerah Mersing serta menjadi contoh bagi kecemerlangan  menyeluruh dalam semua bidang.

 

PENGETUA SMK ANJUNG BATU  KEDUA

(1 JULAI 1999 – 30 SEPTEMBER 2007)

 HAJAH ZUBEDAH BINTI OTHMAN

Hajah Zubedah binti Othman merupakan pengetua SMK Anjung Batu yang kedua. Lahir pada bulan  Ogos 1953 di Mersing, Johor.  Beliau bertugas di SMK Anjung Batu dari 1 Julai 1999 hingga 30 September 2007. Cik Hajah Zubedah telah bertugas di tujuh buah sekolah  sebelum bertugas di SMK Anjung Batu.

Hajah Zubedah mendapat pendidikan awal di Mersing, kemudian meneruskan pelajaran peringkat menengah di Mersing dan akhirnya di Johor Bahru. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya, beliau  melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan peringkat Sarjana dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Teknologi Malaysia.

Hajah Zubedah mengharapkan agar semua pelajar SMK Anjung Batu menjadi insan yang baik, berjaya dalam pelajaran, dan mempunyai pencapaian yang baik dalam semua bidang yang diceburi setanding dengan sekolah-sekolah yang lain.

Harapan Hajah Zubedah juga agar semua warga SMK Anjung Batu akan sentiasa bekerjasama dan faham bahawa tanggungjawab masing-masing merupakan amanah Allah agar kejayaan dan kemajuan sekolah sentiasa dapat dipertingkatkan dari setahun ke setahun.

 

PENGETUA SMK ANJUNG BATU KETIGA

( 1 OKTOBER 2007- APRIL  2009)

 ENCIK MD. JAIS BIN SAMAT

Encik Md Jais bin Samad merupakan pengetua SMK Anjung Batu yang ketiga menggantikan Pn Hajah Zubedah bt Othman. Beliau  mendapat pendidikan STPM di SMK Munsyi Abdullah, Melaka. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda  di Universiti Malaya pada tahun 1983.  Mula bertugas sebagai pendidik pada tahun 1987.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pendidik di SMK Sri Mersing  sebelum ditukarkan ke SMK Tenggaroh B (SMK Tan Sri Abd. Kadir) sebagai  pengetua. Seterusnya, beliau dilantik menjadi Penolong PPD HEM selama 11 tahun, kemudian bertugas di SMK Anjung Batu sebagai pengetua dari 1 Oktober 2007 sehingga 13 April 2009.  

Kata-kata semangat atau amanat beliau untuk warga anjung khasnya ialah “tiada insan yang sempurna. Untuk berjaya  kita mestilah belajar bersungguh-sungguh. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Oleh itu tunjukkanlah kebolehan kita. Hanya di sekolah kita boleh membaiki  kesalahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan.” Beliau juga berharap agar anak- anak SMK Anjung Batu tidak menghampakan ibu bapa, sekolah dan negara.

 

PENGETUA SMK ANJUNG BATU KEEMPAT

(1 MEI 2009 – 1 SEPTEMBER 2009)

 HAJAH AZMAH BINTI HARUN

Puan Hajah Azmah merupakan pengetua keempat SMK Anjung Batu. Bertugas di sini sejak 1 Mei 2009 hingga 1 September 2009. Beliau lahir pada 11 Mac 1957 di Batu Pahat, Johor.  Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang isteri yang sentiasa berada di belakang suami sebagai pendorong kejayaan.

Beliau  mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Relajaran Pelajaran (SRP)  iaitu 13A dan Gred 1 dalam SPM.  Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.

SMK Anjung Batu merupakan sekolah kesembilan beliau bertugas sepanjang berkhidmat dalam bidang perguruan.

Nasihat beliau kepada pelajar-pelajar SMK Anjung Batu ialah jadilah seperti matahari yang boleh menyinari orang lain dan teruskanlah kegigihan serta membuat amalan yang baik kerana Allah pasti membalasnya.

 

PENGETUA SMK ANJUNG BATU KELIMA

(1 OKTOBER 2009- 16 OKTOBER 2010)

 

TN. HJ. ABU OTHMAN BIN IBRAHIM

Tuan Haji Abu Othman bin Ibrahim merupakan  pengetua SMK Anjung Batu yang kelima. Beliau mula bertugas menggantikan Hajah Azmah binti Harun pada Oktober 2009. Beliau berasal dari Kedah Darul Aman.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda di UKM dalam subjek Sains pada tahun 1982, selepas itu menyambung Diploma Pendidikan di UKM pada tahun 1983. Kemudian NPQH Kohort 1 (IAB) pada tahun 2000, selanjutnya Diploma Pengurusan  dan Kepimpinan pada tahun  yang sama.

Beliau mula bertugas sebagai guru akademik biasa di SMK Sri Mersing  sebelum dilantik sebagai Guru Penolong Kanan di sekolah yang sama. Kemudian beliau ditukarkan ke SMK Tengaroh B sebagai Pengetua. Sebelum menjadi pengetua di SMK Anjung Batu,  beliau pernah bertugas sebagai GPK 1 di SMK Ungku Husin, Endau selama 5 tahun 5 bulan. Seterusnya bertukar ke SMK Sri Mersing  sebagai Pengetua selama 2 tahun 2 bulan. Seterusnya di SMK Tan Sri Abdul Kadir sebagai pengetua selama 2 tahun. 

Kenangan manis beliau di SMK Anjung Batu ialah ketika meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Maulidur Rasul. Harapan Tn. Hj Abu Othman kepada pelajar SMK Anjung Batu ialah belajarlah bersungguh-sungguh kerana peluang  yang ada menentukan kejayaan dan cita-cita. 

 

PENGETUA SMK ANJUNG BATU KE ENAM

(1 DISEMBER 2010- 25 MEI 2017 )

 HAJAH ROSITA BINTI DIN

Puan Hajah Rosita binti Din merupakan pengetua yang keenam. Beliau lahir  di  Butterworth, Pulau Pinang.  Beliau bertugas di SMK Anjung Batu bermula pada 1 Disember sehingga kini menggantikan Tn Hj. Abu Othman bin Ibrahim.

Beliau berkelulusan BA Hons+ Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia, opsyen Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu.

Puan Hajah Rosita binti Din,  memulakan kerjayanya  sebagai Guru Penolong Kanan  di SMK Gerik Perak dari tahun 1986 hingga  tahun 1990, kemudian di SMK Gua Musang, Kelantan pada tahun 1991 hingga tahun 1994, di SMK Kulai Besar Kulai Johor, Johor dari tahun 1994 hingga tahun 1997, di SMK Pai Chee, Mersing Johor dari tahun 1997 hingga tahun 2009.

Beliau bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SMK  Pai Chee dari tahun 2009 hingga tahun 2009. Seterusnya beliau bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran di SMK  Anjung Batu pada Januari 2009 hingga September 2009.

Beliau dilantik menjadi  pengetua di SMK Tan Sri Abdul Kadir Tenggaroh 5  pada 16 September 2009 hingga 1 Disember 2010. Seterusnya,  beliau dilantik menjadi pengetua           di SMK Anjung Batu pada 1 Disember 2010.

Kata-kata keramat Puan Hajah Rosita kepada pelajar SMK Anjung Batu ialah “hidup ini sementara dan masanya singkat. Tidak sepatutnya kita bersifat sombong dan bongkak. Oleh itu carilah ilmu, tambah amal dan tingkatkan iman.  Kepada anak-anak yang  tercinta, jadilah anat-anak yang taat, hormat dan mendengar cakap ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua. InsyaAllah, hidup akan berjaya  di dunia dan di akhirat”.

 

PENGETUA SMK ANJUNG BATU KETUJUH

(OGOS 2017 –  JULAI 2018)

TN HJ ABDUL JALIL BIN DAUD

 

 

PENGETUA SMK ANJUNG BATU KELAPAN

( SEPTEMBER 2018 –  SEHINGGA KINI )

TN HJ SAIFUL BIN ATAN

News

Contact

  • SMK Anjung Batu, 86800 Mersing, Johor
    Km 2 Jalan Jemaluang
    86800 Mersing, Johor
    Malaysia

    Reyy7XP Was Here
  • 07-7994912

Photogallery